RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Thursday, February 17, 2011

RPH MINGGU 7

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

HARI : ISNIN

MATA PELAJARAN

BAHASA MELAYU

TARIKH

14.02.2011

KELAS

5S1

MASA

0705 - 0815

TAJUK

DRAMA : Tiang Cengal Dinding Sayung

OBJEKTIF

Pada akhir pelajaran, murid dapat :

1. Menceritakan secara ringkas tentang drama yang dikaji.

2. Menjawab beberapa soalan mudah dengan menggunakan ayat sendiri.

3. Menjelaskan sekurang-kurangnya empat nilai murni dan pengajaran daripada drama.

FOKUS UTAMA

FOKUS SAMPINGAN

10.0 : 10.1 : Aras 1 ( iii )

10.0 : 10.4 : Aras 1 ( iv )

AKTIVITI

1. Pelajar bercerita.

2. Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang beberapa maklumat penting daripada prosa.

  1. Secara berpasangan, pelajar mencari nilai dan pengajaran daripada drama yang dikaji.

SISTEM BAHASA

TATABAHASA : diksi

KOSA KATA : perdu, mencatur,

PENGISIAN KURIKULUM

ILMU : Pendidikan Moral

NILAI : berdikari, kasih sayang, rasional

KNT : Menyusun mengikut keutamaan

REFLEKSI

Pelajar berjaya mengumpul maklumat yang dibincangkan


 

MATA PELAJARAN

BAHASA MELAYU

TARIKH

14.02.2011

KELAS

4S3

MASA

0945 - 1055

TAJUK

DRAMA : Gelanggang Tuk Wali

OBJEKTIF

Pada akhir pelajaran, murid dapat :

1. Menceritakan secara ringkas tentang drama yang dikaji dengan menggunakan ayat sendiri.

2. Menjawab beberapa soalan mudah secara spontan.

3. Menjawab tiga soalan pemahaman drama dengan cara yang betul dan ayat yang lengkap.

FOKUS UTAMA

FOKUS SAMPINGAN

10.0 : 10.1 : Aras 1 ( iii )

10.0 : 10.4 : Aras 1 ( v )

AKTIVITI

  1. Pelajar bercerita tentang drama yang dikaji.
  2. Pelajar bersoal jawab sesama sendiri dengan dipantau oleh guru.

3. Pelajar membuat latihan pemahaman

SISTEM BAHASA

TATABAHASA : bahasa daerah

KOSA KATA : singse, sigai, umpil

PENGISIAN KURIKULUM

ILMU : Pendidikan Seni

NILAI : kesyukuran, ketekunan, menghargai

KNT : Mengenal pasti sebab akibat

REFLEKSI

Pelajar berjaya mencatat nota dan mengenal pasti maklumat yang dicari.

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

HARI : SELASA

TARIKH : 15.02.2011

CUTI UMUM

SAMBUTAN MAULIDURASUL

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

HARI : RABU

MATA PELAJARAN

BAHASA MELAYU

TARIKH

16.02.2011

KELAS

5K5 ( 0815 – 0925 )

5K4 ( 1130 – 1240 )

TAJUK

RUMUSAN DAN PEMAHAMAN RUMUSAN : Peranan ibu bapa membantu anak-anak mencapai kejayaan dan kesan-kesannya.

OBJEKTIF

Pada akhir pelajaran, murid dapat :

1. Membaca petikan dengan teliti dan kemudiannya memberi ulasan tentang petikan yang diberi.

2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya enam peranan ibu bapa membantu anak-anak mencapai kejayaan.

3. Menyatakan sekurang-kurangnya dua kesan kepada anak-anak sekiranya ibu bapa berbuat sedemikian.

4. Menjawab tiga soalan pemahaman dengan betul dan ayat yang lengkap.

FOKUS UTAMA

FOKUS SAMPINGAN

7.0 : 7.5 : Aras 1 (v)

8.0 : 8.2 : Aras 1 (ii)

AKTIVITI

  1. Pelajar menyenaraikan tentang isi tersurat dan isi tersirat daripada petikan.
  2. Pelajar membuat rumusan mengikut format yang betul.
  3. Membuat latihan pemahaman.

SISTEM BAHASA

TATABAHASA : sintaksis

KOSA KATA : implikasi

PENGISIAN KURIKULUM

ILMU : Pendidikan Seni

NILAI : patriotisme, kerjasama, menghargai

KNT : merumuskan, meringkaskan

REFLEKSI

Majoriti pelajar dapat menyiapkan latihan dalam tempoh yang diberikan.


 

MATA PELAJARAN

BAHASA MELAYU

TARIKH

16.02.2011

KELAS

4S3

MASA

1020 - 1130

TAJUK

RUMUSAN : Punca Kelemahan Diri dan Kekangan untuk Mengatasinya

OBJEKTIF

Pada akhir pelajaran, murid dapat :

  1. Membaca petikan dengan teliti dan memberi ulasan tentang petikan berkenaan.
  2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya enam punca kelemahan diri.
  3. Mencari sekurang-kurangnya tiga masalah yang dihadapi untuk mengatasi kelemahan diri.

FOKUS UTAMA

FOKUS SAMPINGAN

7.0 : 7.1 : Aras 1 ( i )

8.0 : 8.1 : Aras 1 ( i )

AKTIVITI

  1. Pelajar membaca petikan.
  2. Secara berpasangan, pelajar diminta mengenal pasti isi tersurat daripada petikan dan kekangan untuk mengatasinya.
  3. Pelajar menulis hasil perbincangan di papan hitam.

SISTEM BAHASA

TATABAHASA : Kata kerja

KOSA KATA :
kekangan, mencerminkan, kemampuan mental

PENGISIAN KURIKULUM

ILMU : Geografi

NILAI : keyakinan, keberanian, kerjasama

KNT : merumuskan, meringkaskan

REFLEKSI

Pelajar boleh menyatakan isi tersurat berdasarkan petikan tetapi masih memerlukan bimbingan guru untuk mengenal pasti isi tersirat dan penutup.

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

HARI : KHAMIS

MATA PELAJARAN

BAHASA MELAYU

TARIKH

17.02.2011

KELAS

4S3

MASA

0815 - 0925

TAJUK

KARANGAN RESPONS TERBUKA : Masalah remaja yang melarikan diri daripada rumah dikatakan berpunca daripada ibu bapa.

OBJEKTIF

Pada akhir pelajaran, murid dapat :

1. Membaca soalan karangan dan menyatakan kehendak tugasan.

2. Menyatakan sekurang-kurangnya lima kesilapan ibu bapa semasa membesarkan anak sehingga menyebabkan remaja melarikan diri daripada rumah.

3. Membuat rangka karangan.

FOKUS UTAMA

FOKUS SAMPINGAN

2.0 : 2.4 : Aras 1 (ii)

7.0 : 7.1 : Aras 1 (i)

AKTIVITI

1. Pelajar membaca soalan karangan dan menyatakan topik dan fokus soalan karangan.

2. Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang beberapa maklumat yang berkaitan dengan kehendak tugasan karangan.

SISTEM BAHASA

TATABAHASA : sintaksis

KOSA KATA : benteng, konklusi, motivasi

PENGISIAN KURIKULUM

ILMU : Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam

NILAI : rasional, kasih sayang, kesyukuran

KNT : mengenal pasti idea utama dan idea sokongan

REFLEKSI

Pelajar boleh menyatakan kehendak tugasan.

Secara keseluruhannya, pelajar masih memerlukan bimbingan untuk membuat rangka karangan.

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

HARI : JUMAAT

MATA PELAJARAN

BAHASA MELAYU

TARIKH

18.02.2011

KELAS

5S1 ( 0705 – 0815 )

5K4 ( 0815 – 0925 )

5K5 ( 1040 – 1140 )

TAJUK

KARANGAN RESPONS TERBUKA : Punca-punca banjir kilat dan langkah-langkah mengatasinya.

OBJEKTIF

Pada akhir pelajaran, murid dapat :

  1. Membaca soalan karangan untuk menentukan format karangan dan kehendaknya.
  2. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga punca dan tiga langkah mengatasi masalah banjir kilat.
  3. Mengenal pasti maklumat-maklumat yang perlu ada dalam perenggan pengenalan, huraian idea dan penutup.
  4. Membuat rangka karangan.

FOKUS UTAMA

FOKUS SAMPINGAN

2.0 : 2.4 : Aras 1 (ii)

7.0 : 7.1 : Aras 1 (i)

AKTIVITI

  1. Pelajar membaca soalan karangan dan menyatakan jenis karangan dan kehendaknya.
  2. Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang beberapa maklumat yang berkaitan dengan idea yang diberikan.
  3. Pelajar diminta menyalin rangka karangan dan membuat karangan yang lengkap di rumah.

SISTEM BAHASA

TATABAHASA : sintaksis

KOSA KATA : domestik, ekosistem

PENGISIAN KURIKULUM

ILMU : Geografi

NILAI : menghargai, kebersihan fizikal dan mental, kerjasama

KNT : mengenal pasti idea utama dan idea sokongan

REFLEKSI

Pelajar 5S1 berjaya mengumpul maklumat setelah berbincang dalam bentuk kumpulan.

Pelajar 5K4 dan 5K5 masih lagi memerlukan bimbingan untuk membuat rangka karangan kerana tidak menguasai isu yang dibincangkan.

No comments:

Post a Comment